KAILAN IKAN MASIN
Kailan ikan masin merupakan antara makanan kesukaan rakyat malaysia tidak kiralah pelbagai agama,bangsa mahupun kaum.Jika makan bersama nasi untuk hidangan tengahari surelah pasti terangkat punya siap menjilat jilat jari sendiri.Selain itu,kailan merupakan antara sayur yang mempunyai banyak khasiat.Bagi ibu-ibu yang ingin anak mereka membesar dengan baik ehh mestilah semua kaum ibu inginkan anak mereka sihat so,makan kailanlah antara salah satu caranya!!!!
RESEPI
sedapnyaaa kailan ikan masinnn....sedapnya!!!!!!!!!!!!!!
Bahan-bahan
seketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
segenggam sayur kailan
2 biji bawang merah (hiris)
1 biji bawang putih (cincang)
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
minyak untuk menumis
Cara-cara
1.Panaskan minyakk kemudian goreng tenggiri masin sehingga garing kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau..
2. Kemudia masukkan sos tiram dan juga airrr..lepas tu masukkan sayur kailan..
3. Dengan gunakan api kuat goreng hingga daun sedikit layu dan boleh dihidangkan..
p/s:sesuai dan enak dimakan bersama nasi panas.SELAMAT MENCUUBA!
No comments:
Post a Comment