Translate :)

Thursday, 12 March 2015

Hello bloggers,our trip to RISDA,kelantan !

                                         

   RISDA MACHANG,KELANTAN

                 
Pada 09.03.2015,seramai 41 orang pelajar mewakili kelas DAG2C telah pergi ke lawatan di tapak semaian RISDA yang bertempat di Machang,Kelantan.Kami bertolak di awal pagi iaitu pukul 8.Meskipun cuaca agak panas terik,namun ia sama sekali tidak membantutkan semangat dan agenda kami untuk belajar sesuatu yang baru.Terima kasih kami ucapkan kepada pihak POLITEKNIK JELI kerana mengadakan program seperti ini dimana banyak membantu kami meningkatkan pengetahuan tentang cara penanaman bagi pokok getah dan kelapa sawit.Surely,this experiences kami tak akan lupa sampai bila-bila.Terima kasih juga kepada Miss Noraziha,Miss Sudau dan Sir Ashraf kerana sanggup mejadi pensyarah pengiring kami disamping melayan karenah kami sewaktu disana.Tidak lupa kepada pihak RISDA Machang kerana menyambut baik kehadiran kami ke sana.Ada masa kami berharap kami dapat ke sana lagi.HEHEHE ...

STUDENT DAG2C

RISDA MACHANG KELANTAN
   

        Kami telah diberi tunjuk ajar oleh pihak RISDA dengan baik seperti berpeluang untuk mengikat batang pokok getah dengan menggunakan plastik,cara bagaimana mahu melihat mata pada batang pokok getah yg dipotong tersebut,cara pemotongan batang pokok getah yang betul serta kami berpeluang menanyakan bermacam-macam soalan berkaitan pertanian terutama sekali bagi pokok getah dan kelapa sawit.





Meskipun panas terik,semangat kami sikitpun tidak rapuh melawat ladang yang terbentang luas.Melihat ladang semaian kelapa sawit dan getah yang luas ini meningkatkan lagi inspirasi kami untuk menjadi seorang petani modem yang berjaya suatu hari nanti.INSHAALLAH !







Pada pukul 12 tengahari lawatan kami telah berakhir meskipun sedih namun kami teruja kerana dapat pulang dengan ilmu yang penuh didada.TERIMA KASIH RISDA MACHANG for having us.Uolss such as great peoples.lots of loves from us student agrotechnology polytechnic JELIfornia.HAHAHA..



No comments:

Post a Comment