Translate :)

Thursday, 12 March 2015

Hello bloggers,our crop kale !


PENANAMAN KAILAN







-Kami telah diberi tugasan untuk subjek industrial crop production untuk menanam tanaman kailan.Kami telah diberikan kumpulan dimana ahli kumpulan kami terdiri daripada 4 orang perempuan bersama 5 orang lelaki.Tujuan Miss Noraziha memberikan tugasan ini adalah sebagai platform kepada kami supaya lebih mengetahui cara latihan agronomi dilakukan dengan jayanya.Selain itu,kami boleh memperoleh banyak pengalaman dan input-input yang berguna berdasarkan tanaman kailan ini.Kami juga akan dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli kumpulan kami kerana penjagaan yang dilakukan adalah daripada anak benih sehinggalah kailan tersebut boleh dituai.Kerjasama antara kumpulan kami sangat memberangsangkan dan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,bak kata pepatah"bersatu kita teguh,bercerai kita roboh"


PENDAHULUAN

Kai Lan (Brassica alboglabra L.H. Bailey P daripada famili Crucifereae adalah sejenis sayuran berdaun hijau yang mengandungi vitamin B, B, C serta zat-zat galian seperti kalsium dan besi. Tanaman ini merupakan salah satu daripada jenis sayur-sayuran yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil.

JENIS
Terdapat dua jenis Kai Lan tempatan yang selalu ditanam iaitu Jenis berdaun rapuh dan Jenis berdaun lembut 

 - Full White  
    - tahan panas, buku pendek dan berdaun tebal serta berwarna hijau tua. 

 - Kailan Tempatan 
    - Tahan panas dan berdaun tebal.


KAILAN


KAEDAH-KAEDAH PENANAMAN KAILAN

  1. Pada awalnya,kumpulan kami telah melakukan penyemaian biji benih di dalam tray semaian dengan menggunakan medium peat moss di dalam nurseri.
tray semaian
medium peat moss
2. Seterusnya,selepas tray di isi oleh peatmoss, masukkan biji benih kailan sebanyak 1-3 biji setiap lubang.Elakkan letak biji benih melebihi 3 kerana dikhuatiri anak benih tersebut akan mati kerana bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari,air,udara dan sebagainya.








1-3 biji benih sahaja setiap lubang



3. Untuk memastikan media tersebut tidak kering,spray peatmoss  dengan semburan halus hingga medium basah.Pastikan media tersebut betul-betul basah sehingga bahagian bawahnya untuk memastikan biji benih kailan tersebut mendapat air yang mencukupi untuk terus membesar.

                                                      

semburan halus
4. Pada peringkat ini,biji benih yang masih manja tersebut akan ditempatkan di nurseri ataupun rumah hijau yang terlindung daripada hujan dan serangga perosak bagi  memberikan keselesaan untuk tumbesaran anak benih itu.
5. Pada minggu pertama,biji benih sudah meunjukkan hasil yang positif dimana tunas benih kailan tersebut sudah keluar.Medium haruslah disiram setiap hari pagi dan petang.Elakkan waktu penyiraman pada tengahari kerana oleh mengakibatkan biji benih tersebut melecur.

                                      
                                  

6. Selepas 2 minggu, 3-4 helai bilangan daun telah tumbuh namun akar,batang dan daunnya masih lembut dan rapuh.Pada peringkat ini,penjagaan yang teliti menjadi keutamaan kerana kita dapat melihat tidak semua anak benih menunjukkan reaksi yang positif.Hal ini kerana,terdapatnya persaingan untuk mendapatkan sumber untuk kailan tersebut terus hidup.

 


7. Pada minggu ketiga, apabila akar,batang dan daun sudah mulai kuat,anak pokok kailan tersebut sudah bersedia untuk dipindahkan ke polybag.

                                  


8. Kami telah meyediakan pelbagai jenis media seperti topsoil:sand(3:1),topsoil:organic matter:sand(3:2:1),cocopeat:eggshell(3:1) dan topsoil:guano(3:1) untuk melihat hasil tumbesaran anak pokok kailan kami bagi media yang berbeza.


                                  

  • siram medium didalam polybag sehingga basah dan dan pilih anak pokok yang sihat dan bebas penyakit untuk ditanam didalam polybag.

9. Langkah seterusnya ialah siram anak pokok 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.Elakkan penyiraman pada tengahari kerana dikhuatiri pokok tersebut akan melecur lalu mati.



10.  Pokok kailan boleh dituai  40 hari selepas penanaman.


No comments:

Post a Comment