Translate :)

Sunday, 22 March 2015

Hello bloggers,tissue culture !

                         
APA ITU KULTUR TISU TUMBUHAN?



Satu kaedah di mana sebahagian kecil tumbuhan (eksplan) sama ada daun, batang (organ) atau sel-sel diletakkan ke dalam medium kultur bernutrien untuk tumbesaran di bawah keadaan steril atau aseptik iaitu keadaan yang bebas daripada mikroorganisma seperti kulat, bakteria dan virus seterusnya membentuk tumbuhan yang lengkap.
Aseptik : keadaan yang bebas daripada mikroorganisma seperti kulat, bakteria & virus

Teorinya, mana-mana bahagian tumbuhan boleh digunakan sebagai eksplan;Hujung pucuk
-—Tunas pucuk
-—Tunas sisi
-—Tunas bunga
-—Batang
-—Daun
-—Akar

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan tisu kultur tumbuhan
1.Peralatan yang lengkap, sesuai dan sempurna.
2. Makmal yang bersih, bebas dari mikroorganisma; perlu ada bilik khas untuk kerja-kerja kultur, penyediaan medium dan tempat penyimpanan kultur.
3. Penjagaan makmal, bilik kultur yang rapi dan teratur; pengawasan cahaya dan suhu.
4. Langkah berjaga-jaga perlu diikuti dengan serius.
5. Pensterilan eksplan yang sesuai; mengurangkan risiko kematian sel-sel dan jangkitan mikroorganisma.
6.Eksplan yang diambil daripada baka baik, pokok sihat, vigorous dan tidak terdedah kepada keadaan kering dan terlalu lembab.
7.  Bahagian eksplan hendaklah diambil dari tisu muda, bahagian meristem yan giat membahagi lebih berpeluang untuk menghasilkan pokok. Spesies yang berlainan mempunyai tindak balas yang berbeza.
8.  Medium yang sesuai dengan keperluan tumbuhan
9.  Hormon yang digunakan perlu sesuai dengan tumbuhan. Contoh auxin & sitokinin
10.  Bekas kultur yang sesuai. Perlu disteril dan diautoklaf terlebih dahulu.
11.  Penyimpanan kultur perlu keadaan yang sesuai.

Kebaikan tisu kultur tumbuhan
 —Pengkomersialan kultivar yang baru :harga jual Orkid menurun.
 —Pertanian
 —Pembaikpulihan tanamannilai nutrisi, kawalan serangga
-Kultur tumbuhan bebas serangan virus
Farmaseutikal – ginseng dan taxol
 —Klon tumbuhan yang jarang dan spesis yang pupus
 —Kultur tumbuhan mudah dan selamat untuk eksport
 —Kadar pembiakan tinggi dan cepat
— Mutu hasil yang tinggi dan seragam
— Kerja pengkulturan dilakukan dalam keadaan steril maka anak tumbuhan bebas daripada organisma yang dapat menyebabkan penyakit .
-Penghasilan tumbuhan ini dijalankan dalam keadaan terkawal dan dapat dijalankan sepanjang tahun.
 -Penghasilan anak tumbuhan dapat diubahsuai mengikut kehendak dan mudah dibawa ke mana-mana.
 -Menjimatkan tenaga dan mudah dikendalikan di ladang.
 -Kurang risiko penyakit
 -Membiakkan tanaman yang sukar dibiakkan secara biasa

Keburukan tisu kultur tumbuhan
 -Tisu kultur ini adalah tidak ekonomik digunakan bagi perusahaan secara kecil-kecilan .
—- Klon tidak menujukkan variasi dari segi genetik
-—Kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan dan bahan-bahan , jadi tidak semua pihak mampu mengadakan satu makmal tisu yang lengkap.
 -Tisu kultur merupakan kaedah yang saintifik , jadi ia sangat memerlukan kepakaran yang tinggi .






No comments:

Post a Comment