Translate :)

Thursday, 12 March 2015

Hello bloggers,OMG!the pest that attack our kale.






MAKHLUK PEROSAK KAILAN DAN KAWALAN BIOLOGI


           
sawi

                  kailan

Jika menanam kailan atau sayur daun yang lain, serangan ulat adalah suatu yang normal.Pekebun lazimnya menyelesaikan masalah ini menggunakan semburan racun.  Untuk kita yang menanam secara hobi atau untuk pemerhatian, kami tidak rasa kita perlu mengatasi masalah menggunakan semburan racun.  

Jika anda perhatikan pokok sayur, anda boleh tahu ia diserang ulat jika daunnya mula berlubang atau mempunyai kesan dimakan ulat.  Lokasi ulat boleh dikenal pasti dengan mencari bintil-bintil hitam iaitu tinja ulat yang dikeluarkan selepas memakan daun.  Gambar berikut menunjukkan bintil-bintil hitam yang dikeluarkan oleh ulat kailan.


Ulat tersebut biasanya berwarna sama dengan daun tanaman dan sukar dikesan.  Petuanya mudah.  Ulat berada di bahagian atas bintil-bintil hitam.  Apabila terjumpa ulat, boleh kutip dan musnahkan.


kutip ulat dan musnahkan

Sebenarnya, jika anda tidak meracun, pemangsa ulat juga akan berkeliaran.  Contohnya, semut (semut gatal/semut api) amat gemarkan ulat  sawi dan kailan.  Jika anda meracun, ulat sawi dan pemangsanya juga akan mati, jadi anda perlu terus meracun.  Jika tidak meracun, beberapa hari selepas kehadiran ulat, pemangsanya akan muncul.

Dalam gambar berikut, semut sedang menikmati ulat sawi.  Jadi masalah ulat kailan dan sawi boleh diselesaikan dengan menggunakan semut pemangsa secara semula jadi.  Tidak sangka, semut rupa-rupanya rakan taman.





semut sedang makan daun sawi

                                           


















No comments:

Post a Comment